18 Disember 2010 - 20:30

Polis Arab Saudi menangkap 38 Syiah dalam sambutan Asyura di kota Madinah setelah tercetus rusuhan berhampiran dengan sebuah masjid tua al-Quba menurut laporan berita Arab Saudi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Polis Arab Saudi menahan 38 peserta hari Asyura di kota Madinah setelah tercetus rusuhan berhampiran dengan sebuah masjid tua al-Quba menurut laporan berita Arab Saudi pada hari Sabtu lalu.

"Beberapa orang mendapat kecederaan dalam rusuhan antara Wahabi dan Syiah", menurut laporan berita.

Surat kabar al-Madina melaporkan bahawa pasukan keselamatan juga turut cedera.

Menurut sumber berita  Rasid, rusuhan tercetus antara golongan dominasi komuniti Wahabi dengan penduduk minoriti Syiah.